Kadang-kadang bila melihat kawan-kawan yang berjaya dalam hidup aku merasa rendah diri. Dalam hati berdetik "bertuahnya mereka, kalaulah aku belajar bersungguh-sungguh mesti aku setaraf dengan mereka" tetapi bila melihat semula dan berbalik kepada pegangan bahawa rezeki itu di tangan Allah, aku kembali terfikir betapa bertuahnya aku. Biarpun aku tak sekaya orang lain tapi aku tak pernah putus rezeki dan aku tak pernah merasa kesusahan hidup. Anak-anak tak pernah pun tak mendapat apa yang mereka inginkan. Aku ada keluarga yang bahagia. Suami yang baik dan memahami. Tak pernah menyoal kemana perginya duit keluar dan anak-anak yang comel dan cute dan tidak pula mendatangkan masalah yang besar untuk sampai saat aku menulis ini.
Sesungguhnya Allah itu Maha kaya, dia melebihkan apa yang kurang dan mengurangkan apa yang lebih dalam kehidupan manusia. Bila aku berfikir semula kalau aku belajar sehingga menjadi orang-orang yang berjaya mungkin aku tak sebahagia hari ini.
Itulah kehidupan sebenarnya bila melihat banyak kekurangan orang lain berbanding dengan diri aku terasa aku seperti salah seorang dari makhluk yang disayangiNya kerana DIA memenuhi setiap kekurangan yang ada sehingga menjadikan kehidupan yang sederhana ini seperti sempurna sepenuhnya.
Ya Allah SesungguhNya aku sentiasa bersyukur atas nikmat yang kau berikan. Sebagaimana kau berikan kesempurnaan dan kebahagiaan dalam hidupku, kau berikan jua atas setiap anak-anakku. Semoga mereka menjadi diantara insan-insan yang sentiasa berada dibawah lindunganMu Amin...
Sunday, October 11, 2009
Erti Kehidupan
Posted by uluan4 at 7:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment