BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 14, 2009

Manusia Dengan Lagaknya


Cerita dari seorang kawan... "Anak saudara aku nak pinjam duit tapi aku malas nak bagi pinjam. Bukan aku tak de duit... bukan lokek tapi cara tu yang tak kena."
"Kenapa?" soalku ingin tahu. Saja nak menyibuk, memang aku nie tukang sibuk dari dulu. Tak tahu bila nak berubah.

"Dia nak pinjam sebab nak bagi bakal bapak mertua untuk buat majlis bertunang. Ada ke patut majlis bertunang sebelah perempuan pihak lelaki kena tanggung. Nak buat besar-besaran padahalnya majlis tunang. Yang anak saudara aku nie tak de duit tapi nak berlagak depan bakal pak mertua so setuju le keluar duit untuk membantu kononnya tapi duit tak de. Sudahnya meminjam sana-sini. Yang aku geram tu aku dah cakap tak de duit tapi dia macam tak paham. Nak jugak. Lebih kurang macam paksa pulak" cerita kawan tadi.

Aku terlopong kejap. Berfikir ker atau blank kejap, aku pun tak sure. Dalam hati melonjak-lonjak perasaan nak mengutuk. Tapi takutlah teman tadi kecik hati pulak.

"Yang tak de duit nak buat besar-besar tu buat ape?" soalan tu keluar dari mulut aku akhirnya.

"Dah yang sebelah lelaki buat besar-besar..." huh dia mengeluh.

"Bukan ker patutnya sendiri punya kenduri sendiri le yang tanggung" soal aku lagi. Batu api nie memamg cepat aje menyala kalau bab-bab macam nie.

"Tulah pasal... aku malas nak cakap. Cakap banyak-banyak jadi gaduh pulak dengan laki aku. Anak saudara dia tu.. nak bagi salah tak bagi pun salah." cerita dia terhenti di situ apabila kereta suami dia dah sampai.

"Aku balik dululah" Dia bangun meninggalkan aku yang terkebil-kebil sebab belum habis mengumpat.

Dalam hati terfikir macam nielah sebenarnya zaman sekarang. Zaman berlagak. Yang tak de buat-buat berada. Kalau tak menyusah orang lain tak pe... yang tak berkait pun terkait akhirnya.

Huh... bila nak aku nak jadi manusia yang tak de dosa macam nie.. hari-hari dengar orang bercerita sikit sebanyak dosa mengumpat tetap ada.

Astharfirullahalazim...

Sunday, October 11, 2009

Erti Kehidupan

Kadang-kadang bila melihat kawan-kawan yang berjaya dalam hidup aku merasa rendah diri. Dalam hati berdetik "bertuahnya mereka, kalaulah aku belajar bersungguh-sungguh mesti aku setaraf dengan mereka" tetapi bila melihat semula dan berbalik kepada pegangan bahawa rezeki itu di tangan Allah, aku kembali terfikir betapa bertuahnya aku. Biarpun aku tak sekaya orang lain tapi aku tak pernah putus rezeki dan aku tak pernah merasa kesusahan hidup. Anak-anak tak pernah pun tak mendapat apa yang mereka inginkan. Aku ada keluarga yang bahagia. Suami yang baik dan memahami. Tak pernah menyoal kemana perginya duit keluar dan anak-anak yang comel dan cute dan tidak pula mendatangkan masalah yang besar untuk sampai saat aku menulis ini.

Sesungguhnya Allah itu Maha kaya, dia melebihkan apa yang kurang dan mengurangkan apa yang lebih dalam kehidupan manusia. Bila aku berfikir semula kalau aku belajar sehingga menjadi orang-orang yang berjaya mungkin aku tak sebahagia hari ini.

Itulah kehidupan sebenarnya bila melihat banyak kekurangan orang lain berbanding dengan diri aku terasa aku seperti salah seorang dari makhluk yang disayangiNya kerana DIA memenuhi setiap kekurangan yang ada sehingga menjadikan kehidupan yang sederhana ini seperti sempurna sepenuhnya.

Ya Allah SesungguhNya aku sentiasa bersyukur atas nikmat yang kau berikan. Sebagaimana kau berikan kesempurnaan dan kebahagiaan dalam hidupku, kau berikan jua atas setiap anak-anakku. Semoga mereka menjadi diantara insan-insan yang sentiasa berada dibawah lindunganMu Amin...




Hari Raya 2009






Hari Raya tahun nie macam biasa aje je.. Nak kata seronok sangat pun tak. Lepas mak dgn abah dah tak de dah tak ramai saudara yang datang ke rumah. Asal jumpa jer semua suruh datang rumah tapi rumah kami tak de siapa pulak nak datang. Rasa betul-betul yatim piatulah pulak. Tapi memang pun hakikatnya macam tu. Nasib baik kami dikurniakan adik-beradik yang ramai jadi orang tak datang rumah tetap penuh. Terima kasih untuk mak dengan abah. Semoga roh mereka berada diantara orang-orang yang beriman.