BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 17, 2010

Beautiful Life, Beautiful LOVE & Beautiful Girl





Lama tak update blog.. lately asyik bukak Fb jer cause uruskan ladang. Berhantu games tu sampai tak leh tinggal.. bukan apa aku feel cam orang kaya baru jer bila masuk farm tu... tulah hakikat manusia nie.. mmg suka pada kekayaan termasuklah aku walaupun aku sendiri pun rasa tak macam tu... tapi bila ada perasaan orang kaya dalam farm tu rasa seronok pulak... macam-macam.

Wednesday, October 14, 2009

Manusia Dengan Lagaknya


Cerita dari seorang kawan... "Anak saudara aku nak pinjam duit tapi aku malas nak bagi pinjam. Bukan aku tak de duit... bukan lokek tapi cara tu yang tak kena."
"Kenapa?" soalku ingin tahu. Saja nak menyibuk, memang aku nie tukang sibuk dari dulu. Tak tahu bila nak berubah.

"Dia nak pinjam sebab nak bagi bakal bapak mertua untuk buat majlis bertunang. Ada ke patut majlis bertunang sebelah perempuan pihak lelaki kena tanggung. Nak buat besar-besaran padahalnya majlis tunang. Yang anak saudara aku nie tak de duit tapi nak berlagak depan bakal pak mertua so setuju le keluar duit untuk membantu kononnya tapi duit tak de. Sudahnya meminjam sana-sini. Yang aku geram tu aku dah cakap tak de duit tapi dia macam tak paham. Nak jugak. Lebih kurang macam paksa pulak" cerita kawan tadi.

Aku terlopong kejap. Berfikir ker atau blank kejap, aku pun tak sure. Dalam hati melonjak-lonjak perasaan nak mengutuk. Tapi takutlah teman tadi kecik hati pulak.

"Yang tak de duit nak buat besar-besar tu buat ape?" soalan tu keluar dari mulut aku akhirnya.

"Dah yang sebelah lelaki buat besar-besar..." huh dia mengeluh.

"Bukan ker patutnya sendiri punya kenduri sendiri le yang tanggung" soal aku lagi. Batu api nie memamg cepat aje menyala kalau bab-bab macam nie.

"Tulah pasal... aku malas nak cakap. Cakap banyak-banyak jadi gaduh pulak dengan laki aku. Anak saudara dia tu.. nak bagi salah tak bagi pun salah." cerita dia terhenti di situ apabila kereta suami dia dah sampai.

"Aku balik dululah" Dia bangun meninggalkan aku yang terkebil-kebil sebab belum habis mengumpat.

Dalam hati terfikir macam nielah sebenarnya zaman sekarang. Zaman berlagak. Yang tak de buat-buat berada. Kalau tak menyusah orang lain tak pe... yang tak berkait pun terkait akhirnya.

Huh... bila nak aku nak jadi manusia yang tak de dosa macam nie.. hari-hari dengar orang bercerita sikit sebanyak dosa mengumpat tetap ada.

Astharfirullahalazim...

Sunday, October 11, 2009

Erti Kehidupan

Kadang-kadang bila melihat kawan-kawan yang berjaya dalam hidup aku merasa rendah diri. Dalam hati berdetik "bertuahnya mereka, kalaulah aku belajar bersungguh-sungguh mesti aku setaraf dengan mereka" tetapi bila melihat semula dan berbalik kepada pegangan bahawa rezeki itu di tangan Allah, aku kembali terfikir betapa bertuahnya aku. Biarpun aku tak sekaya orang lain tapi aku tak pernah putus rezeki dan aku tak pernah merasa kesusahan hidup. Anak-anak tak pernah pun tak mendapat apa yang mereka inginkan. Aku ada keluarga yang bahagia. Suami yang baik dan memahami. Tak pernah menyoal kemana perginya duit keluar dan anak-anak yang comel dan cute dan tidak pula mendatangkan masalah yang besar untuk sampai saat aku menulis ini.

Sesungguhnya Allah itu Maha kaya, dia melebihkan apa yang kurang dan mengurangkan apa yang lebih dalam kehidupan manusia. Bila aku berfikir semula kalau aku belajar sehingga menjadi orang-orang yang berjaya mungkin aku tak sebahagia hari ini.

Itulah kehidupan sebenarnya bila melihat banyak kekurangan orang lain berbanding dengan diri aku terasa aku seperti salah seorang dari makhluk yang disayangiNya kerana DIA memenuhi setiap kekurangan yang ada sehingga menjadikan kehidupan yang sederhana ini seperti sempurna sepenuhnya.

Ya Allah SesungguhNya aku sentiasa bersyukur atas nikmat yang kau berikan. Sebagaimana kau berikan kesempurnaan dan kebahagiaan dalam hidupku, kau berikan jua atas setiap anak-anakku. Semoga mereka menjadi diantara insan-insan yang sentiasa berada dibawah lindunganMu Amin...




Hari Raya 2009






Hari Raya tahun nie macam biasa aje je.. Nak kata seronok sangat pun tak. Lepas mak dgn abah dah tak de dah tak ramai saudara yang datang ke rumah. Asal jumpa jer semua suruh datang rumah tapi rumah kami tak de siapa pulak nak datang. Rasa betul-betul yatim piatulah pulak. Tapi memang pun hakikatnya macam tu. Nasib baik kami dikurniakan adik-beradik yang ramai jadi orang tak datang rumah tetap penuh. Terima kasih untuk mak dengan abah. Semoga roh mereka berada diantara orang-orang yang beriman.

Wednesday, January 28, 2009

TAK PERCAYA PUN TAK BOLEH... INILAH HAKIKAT



Inilah Iman, Iman yang sensetif, Iman yang hatinya kecil dan penakut. Kalau tengok ragam Iman ramai yang tak percaya Iman selalu timbulkan masalah bila naik sekolah. Dia aktif, suka mencuba sesuatu yang baru dan paling terserlah dia punya bakat melukis, menyanyi dan menari yang boleh dibanggakan.

Monday, January 5, 2009

Ini baru betul...

"Mama, Iman demam. Iman nak balik". Geramnye. "Anak awak lagi?." Malas nak jawab soalan tu. "Tak de kerja lah dia tu. Nanti balik kena. Mengada-gada betul." Dia pulak membebel. Kenapa la Iman nie. Setiap kali naik sekolah mesti dia buat hal. Setiap kali ada hal masa naik sekolah, mesti Iman. Geramnye... Perangai dia saling tak tumpah macam aku...

Hujanlah pulak tu... Iman jalan malas. "Mama... Iman nak balik sekarang boleh?" Baru kul 6.00. Sekolah habis kul 6.30. Apa lagi petir pun berdentumlah. Tak padan dengan badan, kalau dah marah mesti berdentum punya. "Iman nak kena marah dengan cikgu ker... nak kena tulis nama?" Iman diam. Dia tunduk je... "Iman naik dulu lah. Mama tunggu kat sini" Ekor mata je yang tolong jawap soalan Iman.

"Nak cal yaya lah cakap ambik Fahmi sekali". Baru nak tekan... "Eh.. tak yah, kak mala memang suruh amik tadi". Tak jadi. Iman datang dengan Fahmi. Muka berseri-seri. Ayah dah tunggu depan sekolah. Hati Iman tak risau lagi.

Hai lambat lah pulak kakak nie. Tiba-tiba Leona Lewis menyanyilah pulak. "Ma... Fahmi tak de kat sekolah lah. Zie kata Iman ade..."

Kan ke ko suruh aku amik... Fahmi dgn aku le. Iman pun ade nie.Zie cakap Iman mane? Eh... pening pala hotak aku.

"Apalah... kata nak suruh Iman kenal dengan zie... pas tu dia amik Iman pulak." Tak sempat-sempat nak comment.

"Zie tunggu sampai bebudak habis balik tau" Kesian Zie... Iman punya pasal semua schedule rosak.

"Iman mana yang Zie ambik?"

Ade Iman lain pulak la pulak. Budak baru jugak pulak tu. Semua jadi serba tak kena. Semua nyer kebetulan.

tadi nyer kalau aku cal yaya nak ambil Fahmi tak lah zie mencari-cari...
tadi nyer kalau aku bio je iman balik dgn Zie tak le tunggang langgang
Tadi nyer kalau Iman tak cal mesti aku tak le aku gi ambik dia
Tadi nyer kalau yaya cal aku dulu sebelum zie tak le dia susah2 nak gi sekolah cari Fahmi
Tadi nyer kalau aspar tak larang aku cal yaya tak le yaya cari-cari fahmi

Siape yang salah dalam hal nie... yang paling jelas puncanyer Iman. Yang jadi mangsa 'FAHMI' Bapak Fahmi marah sebab Fahmi ikut orang lain. Padahalnyer Fahmi ikut mak saudara dia.

Macam-macam la pulak

Tuesday, December 30, 2008

TELUK CEMPEDAK












Inilah Teluk Cempedak. Banyak yang dah berubah kat sini. Last aku pegi tempat nie, masa bercinta dulu... Eih! Eih... lamer nyer tu

PANTAI BATU HITAM, BESERAH







Depan rumah kakak aku betul-betul laut. Dari verandah dia dah boleh nampak laut. Hari-hari nak gi pun boleh. Aku rasa kat sini lebih cantik dari Teluk Cempedak. Teluk Cempedak ramai sangat orang tapi kat sini clear... Mungkin ramai yang tak tahu. Tengoklah nak berposing pun boleh.

SG. PANDAN WATERFALL















Last week aku dan family pergi Kuantan, jalan-jalan rumah kakak aku. Lepas tu kita orang plan gi Air Terjun Sg. Pandan. Tempat tu tak jauh dari kem tentera. Cantik tempat tu... Air terjun dia sejuk giler. Tapi syok giler gaks. Air terjun yang turun tu punye le kuat sampai bukan kepala aku je yang sakit, gigi aku pun naik sakit di buatnyer.

Wednesday, December 17, 2008

MY GIRL



Sesungguhnya masa terasa terlalu cepat. Dalam sedar tak sedar, Jasmine dah besar. Dah remaja. Maccam tak percaya pulak aku ada anak gadis yang dah remaja. Cun pulak tu... hi..hi..